Salam Maulidur Rasul
03 Januari 2015...sekejap sungguh masa berlalu. Alhamdulillah, MaRee Petstore telah beroperasi hampir 3 bulan. Sekarang ini, kami di MaRee Syiok sedang dalam perancangan memantapkan lagi perniagaan kami dengan membuka cawangan baru. InsyaAllah, doa-doakan semoga apa yang dirancang dipermudahkan. Sebaik-baik perancang adalah Allah SWT. Perancangan membuka cawangan baru ini terdetik apabila kami berdua sebagai pemilik MaRee Petstore tidak dapat memberikan 100% perhatian kerana masing-masing masih lagi memikul tanggungjawap sebagai pekarja di syarikat masing-masing. Dengan menganjak ke tahun baru ini, salah seorang daripada kami akan mengorbankan kerjaya dan menumpukan perhatian kepada perniagaan. Permintaan bertalu-talu daripada pelanggan harus dipenuhi. Semoga dengan pengorbanan dan penghijrahan ini direstui dan dipermudahkan. Seperti biasa, MaRee Petstore beropersi mengikut masa yang ditetapkan. Jemput-jemput la datang ye....