Posts

Showing posts from August, 2015

FIP

Assalamualaikum & Salam Sejahtera... Sejak kebelakangan ini, kami di MaRee merasa amat sedih sekali dengan kehilangan si bulus kesayangan, Moo & El. Selepas pemergian El, Vee di bawa pergi vaksin dengan segera.  Kesian Vee. Doktor menasihatkan agar Vee di asingkan dengan kucing-kucing lain bagi mengelakkan jangkitan. Ini kerana Vee dibesarkan bersama Moo & El. jadi, jangkitan dijangka merebak kepada Vee. Suntikan pertama ini adalah untuk menguatkan tubuh badan Vee. Daripada pencarian di google, virus FIP adalah: Feline infectious peritonitis (FIP) merupakan jangkitan virus pada kucing yang disebabkan oleh Coronavirus. Coronavirus ini  sebenarnya tidak bahaya sangat…yang mana Dr Zul kata Virus Rendah Diri. Hehehe..Kucing yang ada Coronavirus ini tidak menunjukkan sebarang symptom pun sewaktu awal jangkitannya akan tetapi bila antibodi yang sepatutnya bertindak melindungi system pertahanan badan memberikan tindak balas,  Coronavirus ini akan bermuta...

Pet Grass

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera... Ok...Hari ini ada stok baru sampai Pet Grass ataupun rumput kucing.  Si bulus / kucing adalah haiwan yang pembersih. Tentu sekali anda pernah lihat si bulus anda menjilat bulu mereka setiap hari. Seperti yang anda ketahui, si bulus mempunyai lidah seperti sikat yang halus, jika mereka menjilat bulu mereka, bulu-bulu yang tertanggal akan tersangkut pada lidah dan akan terus ditelan. Bulu yang terus ditelan tersebut tidak akan dicerna atau dihadam oleh perut si bulus. Jadi saban hari bulu tersebut menjadi gumpalan ataupun lebih dikenali sebagai "hairball". Gumpalan bulu yang tidak dibuang, boleh menyebabkan kucing kurus, hilang selera makan, tidak aktif dan lain-lain. Kenapa si bulus comel kita perlukan rumput?  Si bulus comel perlukan rumput untuk mengawal hairball atau gumpalan bulu. Memang sifat semulajadi si bulus akan mencari rumput untuk buang hairball di dalam perut mereka. Kalau tidak dibuang, ia boleh menyeb...

Saat Getir Bersama

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera... Bukan mudah menjadi penjaga kepada anak-anak bulus ini. Ramai orang mengatakan memiliki anak bulus adalah mereka yang tidak mempunyai komitment kepada keluarga ataupun bagi mereka yang mampu. Aku tidak tahu aku dalam golongan mana. Aku & partner memelihara anak bulus atas dasar kami ingin mereka hidup dalam keadaan selesa. Sakit demam mereka kami peduli. Boleh dikatakan setiap kali anak-anak bulus deman, klinik veterinar adalah lokasi yang akan kami tuju. Tidak kira sama ada kerajaan atau swasta. Tapi...jikalau kami sendiri yang sakit atau demam...hehehhe...pandai-pandai la baik sendiri. Hari ini, seawal pagi aku membawa El (Latte) ke klinik. El tidak boleh bernafas. 5 hari yang lepas partner aku dah bawa El ke klinik swasta. Doktor kata El angin. So, hari-hari El diberikan ubat angin namun perut El masih lagi membesar. Selera makan El tidak berubah cuma perutnya membesar. Pagi tadi El tidak boleh bernafas. Perutnya telah naik ke ...

Warga MaRee

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera... Haaaaa...hari ini dengan bebesar hatinya nak belanja kengkawan MaRee dengan gambar-gambar kesayangan kami. Taraaaaaa.... Puteh De' Prince Tammie De' Princess Oyen Hercules Syabibi  Syabubu Klenn Luie Marcos Vanila Mieyan a.k.a Vee Latte Mieyan a.k.a El Cibu si penjaga kedai  Prada Chimunk Gegurl Grey a.k.a Baby Gee Inilah anak-anak bulus kesayangan kami yang sentiasa menceriakan kehidupan kami seharian...Alhamdulillah. Kepada sesiapa yang berminat membela anak bulus ini, kami membuka FREE ADOPTION bagi anak bulus bernama: i) Prada (Betina : 6 month) ii) Chimunk (Betina : 4 month) iii) Gegurl (Betina : 4 month) Jika berminat, boleh terus datang ke MaRee Petstore, Alor Setar.

Pre-Order Cat Cage

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera... Pelanggan MaRee Petstore yang disayangi.n Kali ini kami di MaRee Petstore membuka pre-order bagi sangkar kucing. Gambar dan ukuran seperti yang tertera di bawah. Sila hadir ke MaRee Petstore bagi membuat tempahan. Tempoh masa stok akan sampai lebih kurang 7 hari berkerja. Sebarang maklumbalas akan dimaklumkan kepada pelanggan.