Posts

Showing posts from 2016

Produk: MaRee Meat For Cat

Image
Asssalamualaikum & Salam Sejahtera... Kali ini MaRee mengeluarkan satu produk yang memberikan 1001 kebaikan kepada sibulus anda. Meat for Cat. Daging halus yang dicincang ini adalah daripada daging kerbau dan kambing (buffalo & mutton). Daging ini dirumus khas dengan campuran minyak ikan salmon agar bulu dan kulit sibulus anda sihat.   1 kg RM 10 (2 bekas)  Produk ini boleh didapati dilokasi berdekatan anda. 1. Wonder Best House (Jalan Langgar, Alor Setar) 2. Agen Jitra (Faiz: 011-32150751) 3. Agen Bayan Lepas (Nana: 012-4643307) 4. Mergong (Reeni: 012-4684956) 5. Kulim (Ein: 019-558 4252)     Kami juga mencari agen di kawasan anda. Boleh hubungi MaRee.  012-468 4956 ===== Terima kasih kerana menyokong MaRee  ======

Tiada Lagi Puteh

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera... Bulan Oktober merupakan bulan yang memerlukan kekuatan kepada kami warga MaRee dalam menempuh kehidupan. Tarikh keramat 11.10.2016...si bulus kesayangan dan juga merupakan sibulus pertama kami telah meninggalkan kami selamanya. Puteh nama diberi. Di ambil semasa umur masih kecil. Dibela, dibelai dengan manja. Sibulus pertama yg dijaga. Segala keperluan Puteh diberi keutamaan. Setiap kali ke pet shop, segalanya hendak dibeli untuk Puteh. Adik-adik Puteh hanya akan dapat apa yg Abam Puteh dapat. Itulah Puteh.  Makanan kibble dibeli mengikut selera Puteh. Ikan direbus untuk Puteh. Puteh terlalu manja. Memanjat bahu kegemaran Puteh. Menyondol muka ke dagu & ke rambut. Makan di tempat yang tinggi dari adik-adik. Tidur di atas katil / tempat tinggi dari adik-adik, marahkan adik-adik sebab tidak suka diganggu. Buat la apa saja, Puteh tidak pernah kena marah. 5 tahun bersama Putih, tidak pernah sekalipun kena dijentik, tidak pe...

Salam Maal Hijrah

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera... Salam Maal Hijrah.  Satu Muharam Detik Permulaan Perkiraan Tahun Islam Hijrah Perpindahan Nabi & Umat Islam Dari ke Kota Mekah ke Kota Madinah... Atas Keyakinan & Iman Yang Teguh Kaum Muhajirin & Ansar Bersatu Rela Berkorban Harta & Nyawa Demi Menegakkan Islam Tercinta Hijrah Itu Pengorbanan Hijrah Itu Perjuangan Hijrah Itu Persaudaraan Hijrah Membentuk Perpaduan Oleh Itu Mari Semua Kita Sambut Maal Hijrah Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam Untuk Sepanjang Zaman Alhamdulillah..tahun baru menjelma juga. Memberikan 1001 harapan dalam memulakan kehidupan yang baru. Di tahun baru ini, MaRee telah merangka beberapa perancangan bagi memajukan penjenamaan MaRee di  Malaysia. In Sha Allah, doa-doakan usaha yang dirancang ini membuahkan hasil.  Sesungguhnya dalam dunia perniagaan ini terlalu banyak onak duri yang perlu diharungi. Jatuh bangun merupakan adat res...

Pet Shop di Pulau Pinang

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Ok hari ni admin nak update satu lagi pet shop yang  menjual MaRee Goat Milk di Pulau Pinang. Susu kambing untuk si bulus yang mengandungi protein yang tinggi terutama kepada kitten. Blue Ocean Persiaran Mahsuri  1/3 Sunway Tunas Bayan Baru Jika ada pembaca yang ingin membeli direct daripada pihak MaRee boleh menghubungi di talian 012 468 4956.  ===== Terima kasih menyokong MaRee =====

Cat Show 2016 (Penang)

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.... Jelajah Penang diteruskan bagi mempromosi produk MaRee Goat Milk. Alhamdulillah, dalam masa yang sama  pihak MaRee telah dijemput oleh Petzilla Cat 1-Stop bagi memeriahkan program cat show yang akan diadakan pada 8 Oktober ini di Bukit Jambul Pulau Pinang. Tanpa berlengah lagi, persetujuan dimeterai. In sha Allah, pihak MaRee akan membuka booth promosi produk MaRee. Kepada pembaca & kengkawan yang berada di sekitar Pulau Pinang boleh la meluangkan masa ke cat show ini. Tarikh: 8 Oktober 2016 (Sabtu) Masa: 10  pagi sehingga 7 petang Lokasi: Kompleks  Bukit Jambul, Pulau Pinang Sekiranya ada dikalangan anda yang imemiliki si bulus yang comel & ingin menyertai pertandingan ini boleh lah menghubungi: Show Manager: Zeti Norin | +6014-2577885 Show Secretary: Ash| +6016-6088513 Entry Clerk: Ash | show_entry@yahoo.com.my | +6016-6088513 ===== Terima kasih kerana menyokong MaRee produk =====

Kelazatan MaRee Goat Milk

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera... Setelah 3 minggu MaRee Goat Milk telah berada di pasaran, Alhamdulillah 9 buah pet shop di bahagian utara telah memberikan kepercayaan mereka dalam memasarkan produk ini. Senarai pet shop telah admin senaraikan di post yang lepas. Terima kasih sekali lagi kerana memberikan keperayaan kepada MaRee. Minggu ini sekali lagi team MaRee akan ke Pulau Pinang bagi mempromosi kan lagi produk ini. Atun (Umur 1 tahun) Yummmy...si bulus MaRee yang berumur setahun pun suka minum susu goat milk ini. Tiada halangan bagi peringkat umur tetapi cara bancuhan berbeza bagi setiap si bulus. Cara bancuhan Kitten ( bawah 2 bulan ) : 1/4 sachet = 20 ml air mineral Adult ( 3 bulan ke atas ) : 1/2 sachet = 100 ml air mineral Cara bancuhan ini penting bagi mengawal ketulinan keaslian serta kualiti susu kambing ini.  Yuiss  (Umur 5 bulan) Yuiss daripada page FB Ommie Ommey juga minum MaRee Goat Milk :-)  Siap promote lagi. Te...

Jelajah Utara: MaRee Goat Milk

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera... Hari Raya Aidil Adha telah semiggu berlalu. Alhamdulillah, semoga ibadah korban yang anda lakukan mendapat barakah daripada Allah SWT. Sepanjang minggu ini, warga MaRee memulakan akriviti jelajah Utara yang bermula daripada Perlis hingga ke Perak bagi mempromosikan susu kambing untung kucing yang kini panas di pasaran. Dengan ini, pemilik si bulus boleh mendapatkan susu kambing keluaran Produk Muslim ini boleh didapati dibeberapa lokasi pet shop. Perak Darul Ridzuan No 5A Jalan Daeng Selili Kuala Kangsar No 46 Jalan Masjid Ipoh Pulau Pinang No 1376 MK 20 Penanti Bukit Mertajam, Pulau Pinang No 5 Lorong Perda Selatan 1 Bandar Perda, Bukit Mertajam Kedah Daru Aman No 22B Lorong BLM 1/11 Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani No 77 B Batu 3 1/4 Jalan Langgar Alor Setar K-2 Taman Jabi Pokok Sena Perlis Indra Kayangan Bersebelahan FAMA, Jala...

Produk: Goat Milk for Cat

Image
  Assalamualaikum & Salam Sejahtera Alhamdulillah...syukur kehadirat Allah SWT kerana memberikan kekuatan kepada kami warga MaRee dalam meneruskan perjuangan kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada sibulus. Setelah beberapa bulan dalam perancangan, kini MaRee kembali dengan satu produk yang berkualiti iaitu susu kambing untuk si bulus anda.     200 gram (10 sachet 20gram) Susu kambing untuk kucing ini 100% produk Muslim dan susu berkualiti ini diperolehi daripada Holland. Negara Holland memang terkenal dengan penghasilan susu kambing organik yang berkualiti di dunia. MaRee Goat Milk adalah 100% susu kambing, tiada campuran bahan lain. Ia dirumus khas untuk sibulus kesayangan anda.  Susu ini boleh didapati di petshop terpilih.    Top World Pet Trading, Sungai Petani, Kedah Wonder Best House, Alor Setar, Kedah    Pokok Sena Pet Shop, Alor Setar Kedah ...

Kembali...

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera... Telah sekian lama admin menyepi. Bukannya apa admin mencari kekuatan dalam kehidupan ini di samping merencana untuk masa depan. Sepanjang tahun 2016 ini terlalu banyak dugaan yang dihadapi dari dalam serta luaran. Alhamdulillah, dengan kekuatan dan keyakinan bahawa Allah SWT telah merencanakan sesuatu yang terbaik buat kita, admin kini bangkit dalam meneruskan kehidupan.    Tidak ada kehidupan yang tidak diuji. Setiap ujian memberikan kita pengalaman dan kekuatan dalam menghadapi kehidupan mendatang. Nantikan produk terbaru dari MaRee khas kepada pencinta bulus.

Inspired Perfume : De'Xandra

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera... Pengasas perfume De'Xandra, Puan Ernayanee Nur Binti Julaimi merupakan individu yang berpengalaman lebih 5 tahun dalam dunia perfume. Daripada pengalam beliau ini, beliau mendapati 3 ciri permintaan dalam dunia perfume iaitu: 1. Tahan lama dengan harga budget 2. Boleh dibawa solat 3. Boleh dibawa travel Dengan ini, beliau melahirkan 1 jenama yang menepati ciri-ciri penting ini iaitu perfume DE'XANDRA. Lirik lagu: De'Xandra   Owhhh Ku yakin dgn diriku Ku tampil menyerlah selalu  Tak kira di mana Dari subuh hingga Ke senja Ku yakin dgn diriku Berpegang pada imanku Tepati citarasa Pilihanku sepanjang masa ​Chorus Keharuman dunia Sentiasa bersamaku Semestinya Dexandra Wangian kehidupan * Ulang Chorus Semestinya Dexandra Wangian kehidupan..   For Him   For Her   Testimoni             ...

Perfume De'Xandra

Image
  Untuk Wanita... Unt uk Lelaki...  Harga sebotol RM 65 + RM 9 postage Untuk maklumat lanjut dan juga tempahan, hubungi agen rasmi di talian 012-468 4956 (call atau wasap sahaja).