Cat Litter: Pine Wood



Kelebihan Menggunakan Pine Wood CatLitter :

Pine Wood Cat Litter adalah serbuk kayu pine yang dijadikan dalam bentuk pallet. Serbuk kayu pine itu disalut dengan lilin yang akan larut apabila terkena kencing kucing. Apabila kucing melepaskan hajatnya diatas pine wood litter ini, ia akan bertukar menjadi serbuk kayu dan serbuk inilah yang menyerap bau yang kurang enak pada litter box.


Antara kelebihannya :

1. Penggunaan Yang Sedikit
Berbanding pasir bentonite yang perlu digunakan dalam kuantiti yang banyak, anda tak perlu letak banyak Pine Wood Cat Litter dalam litter box. Anda cuma perlu letak 1/3 dari jumlah yang biasa anda letak di litter box. Ini adalah sangat menjimatkatkan.

2. Mengawal Bau Dengan Baik
Kayu pine mempunyai properties yang mampu menyerap bau dengan baik Malah apabila dia bertukar menjadi serbuk, ia dapat juga menyalut najis kucing sekaligus mengurangkan bau busuk.

3. Selamat Dan Tidak Membahayakan Kucing
Pine litter bebas dari bahan chemical yang merbahayakan kucing. Pasir bentonite mengandungi sodium bentonite dan silika yang mungkin tidak baik untuk kucing dalam jangka masa lama.

4. Senang Untuk Dibuang
Najis yang di scoop dari litter box menggunakan Pine Litter boleh terus dibuang kedalam toilet dan flush sahaja. Jika anda menggunakan pasir bentonite jangan cuba-cuba buat begini, nanti tak pasal-pasal kena panggil plumber datang clearkan jamban yang tersumbat :-)

5. Kurang “Tracking”
Penggunaan pasir bentonite menghasilkan “tracking” dimana apabila kucing sudah menggunakan pasir, ia akan melekat dibulu dan tapak kaki mereka. Kesannya, pasir ini akan jatuh dimana-mana kucing itu pergi. Bayangkan kalau pasir tu jatuh atas katil anda. Dengan menggunakan Pine Litter dan litter box khas untuk pine, habuk-habuk kayu akan jatuh terus kebawah dan yang tinggal cuma kayu pine yang fresh sahaja.

6. Tidak Berdebu
Pasir bentonite menghasilkan debu apabila di tuang kedalam cat litter box. Malah debu itu juga terhasil apabila kucing menggali pasir untuk mengambuskan najisnya. Debu-debu ini mungkin masuk ke paru-paru kucing dan juga mungkin masuk ke paru-paru kita apabila kita menuang pasir baru ke litter box.

7. Ringan Dan Senang Untuk Dibawa
Antara kelebihan lain adalah Pine Wood sangat ringan untuk dibawa bermakna anda tak perlu susah payah mengangkat pasir yang berat.

Pine Wood
9 kg
RM 35

Cod sekitar Alor Setar / Jitra / Changlun RM 3
Postage RM 30

Call / sms / wasap 012 5733760 / 012 4684956 / 017557 2493

Comments

Popular posts from this blog

Kibble: Taste Of The Wild (TOTW)

Ubatan: Skin Heal Herbal Spray