Istimewa Si Ute

No automatic alt text available.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Pada 20.06.2016, lahirlah 4 ekor anak bulus yang comel serta warna bulu yang sama antara semua adik beradik. Ulat, Ute, Uncit & Anje. Cukup 3 bulan umur mereka, Ulat, Uncit & Anje diserahkan kepada pemilik yang sudi menjaga mereka dengan sebaik mugkin. Tinggallah Ute, anak manja yang sering menceriakan hari.

20.01.2017 ni umur Ute baru 7 bulan, perancangan untuk Ute adalah menjahit mata Ute yang masam sebelah tu supaya tidak lagi mengeluarkan air mata. Mata Ute menjadi buta disebabkan mak Ute tidak mahu menjilat mata Ute. Kesian Ute. Hari-hari mata Ute akan dilap dengan tisu basah. Hari-hari Ute akan marah sebab Ute tidak suka mata Ute basah. Tapi...itulah adalah aktiviti harian Ute. 

Walaupun Ute tidak nampak, tapi Ute amat pandai & cerdik, Ute tahu dimana tempat untuk buang air besar & kecik...Ute tahu di mana hendak makan....dan Ute tahu di mana tempat tidur Ute. Itu adalah kelebihan Ute. 

Namun, jangka hayat Ute tidak sampai ke tarikh yang dirancang. Pada 19.01.2017 Ute telah pergi selama-lamanya. Meninggalkan kami bersama kenangan. Ute demam panas sehingga menyukarkan Ute untuk bernafas melalui mulut. Hari ke tiga, Ute pergi jua. Ute sudah tidak mampu bertahan. Sepanjang Ute sakit, Ute tidak pernah menolak sebarang vitami yang diberikan. Ute makan ubat...baik Ute masa sakit...tapi...

Masa Ute sudah sampai. Kami redha...semoga Ute damai disana. Abam Uteh menanti Ute untuk bermain bersama.

Selamat Jalan Ute. Kenangan bersama mu sentiasa di dalam ingatan.

Comments

Popular posts from this blog

Cat Litter: Pine Wood

Kibble: Taste Of The Wild (TOTW)

Kibble: Nature's Protection