Dalam Kenangan...Abob...
Tersentap seketika...
Inilah peristiwa pertama kali terjadinya didalam keluarga Ma Ree Online Petshop. Satu peristiwa yang amat menyentap jiwa kami seketika...
Abob pergi buat selama-lamanya...
7 Julai 2014
Pemergian Abob memang tidak dijangka. Awalnya Abob hanya demam biasa...seperti biasa ubat diberikan setiap hari tanpa jemu namum demam Abob tidak surut. Bila dibawa ke Klinik Veterina, doktor memberitahu Abob sudah sihat. Tapi yang Maha Kuasa lebih menyayangimu, Abob. Dikau menanti kepulangan tuan mu daripada kerja pada hari dikau disahkan sihat oleh doktor sebelum menghembuskan nafas terakhir. Kami redha dengan pemergianmu.
Terima kasih Abob kerana sudi memberi kesempatan kepada kami memberikan kasih sayang dan jagaan setakat kemampuan kami. Kami amat menyayangimu.Keletahmu tidakkan kami lupakan.
Melalui search yang dilakukan, kami cuba mencari punca kematian Abob. Rupa-rupanya Abob dijangkiti penyakit Parovovirus.
Untuk pengetahuan semua apabila virus mula memasuki sistem immuniti kucing, mereka akan mula membiak selama 7 hari secara senyap-senyap tanpa menunjukkan tanda sakit. Apabila mereka mula membiak virus ini akan mencari tisu-tisu badan kegemaran mereka seperti tisu otak. Namun apabila virus ini mula merebak dan membiak di tisu-tisu tulang sum-sum, ini menandakan penyakit ini mula menjadi kronik dan ketika ini sel darah putih mula berkurangan dan tidak lagi dihasilkan secara normal. Perlu diingat sel darah putih ini berfungsi sebagai kilang pengeluaran askar dalam membina sistem imuniti perlindungan kesihatan kucing. Jika tiada lagi sel yang dihasilkan bagaimana agaknya kucing ingin melindungi tubuh badan dari serangan virus mahupun bakteria. Kesudahannya kucing kita akan mati terkulai layu, mati akibat tindakan bijak virus ini.
(Sumber daripada http://kucingneko.blogspot.com/2011/01/parvovirus-menyerang-kucing-anda-hati.html)
Sayangilah si bulus anda. Berilah vaksin yang sebetulnya.

Comments
Post a Comment